16 Jamadil-Awwal 1436 Hijriyyah.


Assalamu’alaikum warahmatullahi wabaarakaatuh.

Alhamdulillah, syukur kehadrat Illahi kerananya, aku masih diberi nafas untuk meneruskan kehidupan di bumi-Nya untuk terus berusaha dalam mengerjakan amal ibadat yg diperintahkan..masih diberi kekuatan untuk berdiri, masih diberikan hati yg kuat untuk memahami, masih gagah untuk berjalan dan masih mampu untuk menaip sepatah dua kata dalam public diari aku yang banyak kekurangan ini.

Hari ni, genaplah 29 tahun lepas aku dilahirkan. Allah sahaja yang tahu macammana kehidupan aku selama 7 tahun di kotaraya Kuala Lumpur. Aku nak ucapkan selamat hari lahir buat teman-teman ku yg menyambut hari lahir pada 6 Mac ini yakni Aida, Akma n Faridah… Semoga kalian selalu dirahmati Allah s.w.t , dilimpahkan rezeki yang melimpah ruah, dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, dan diberkati dengan umur yang panjang.

Aku bersyukur kehadrat Illahi kerana menganugerahkan aku dengan keluarga yang menyayangi aku, sahabat handai yang selalu membantu aku dikala susah, teman seperjuangan di MML, MPI, SMKDAM, UiTM, dan UniKL ( maaf, tak sebut nama korang ).. Dan xlupa juga buat insan tersayang Afzan yg sentiasa ada dibelakangku ( walaupun kadang-kadang berada dihadapanku ). Kalian semua akan selalu aku doakan.

Wassalam.

image

Posted from Nokia N900