United of Kelantan


“Kami anak jati klate,
Kami rela pertahankan…
Kami akan sentiasa, bersama-sama slamanya..
Biar terik matahari..
Biar hujan xberhenti…
Kami setia disini hingga hujung nyawa kami……..”

Image

3 beranak bertolak dari Kota Bharu pada hari Jumaat malam dan selamat sampai ke Stadium Shah Alam pada jam 7 pagi di stadium Shah Alam.

Perjalanan dengan menggunakan duit sendiri, minyak kereta RM70, tiket untuk 3orang RM120, makan dan minum RM50 . Jumlah keseluruhan hampir RM240 untuk keluarga ini. Namun, ia tidak sedikit pun menghalang 3 beranak ini untuk turut hadir memberi sokongan demi The Red Warrior tercinta. Sampai seawal jam 7pagi, solat subuh di Masjid Seksyen 13 dan terus menunggu di persekitaran Stadium untuk menyaksikan perlawanan pada jam 8.45malam.

Mungkin keletihan agaknya, mereka mengambil ruang untuk merehatkan mata dan penat memandu 8 jam dari Kota Bharu . Hanya tidur beralaskan kain pelikat dan berbantalkan jersi The Red Warrior. Mungkin ini antara salah satu dari puluhan ribu cerita bagaimana rakyat Kelantan dari seluruh pelusok Malaysia bertandang ke Stadium dengan pelbagai cara , halangan mahupun cabaran.

Yang pasti, mereka ini tidak mengharapkan apa-apa subsidi ataupun tiket percuma yang selalu digunakan oleh penyokong negeri lain. Mereka datang dari jauh atas matlamat yang satu, menyokong pasukan TRW tanpa ada penat dan jemu. Mereka tidak dibayar oleh mana-mana pihak untuk datang memberi sokongan.

Kini, selepas hampir 4tahun membina sebuah jenama. Bolasepak Kelantan telah berada pada tahapnya yang tersendiri. Mempunyai jenama pakaian sukan sendiri, penyokong yang paling ramai, penaja pasukan yang paling banyak, mempunyai album Dikir Warrior dan pelbagai lagi meletakkan Kelantan dihapan maju 5tahun daripada negeri-negeri lain. Jika pemimpin no 1 Malaysia menghina Kelantan negeri paling miskin, beliau sendiri pun masih tercari-cari identiti sendiri dan tidak mampu menyatukan rakyat negerinya sendiri untuk berdiri sama tinggi dengan penyokong The Red Warrior. Memang benar, ada rakyat negeri kami miskin tapi itu tidak bermakna rakyat miskin tidak mampu memenuhkan setiap inci ruang Stadium Shah Alam. Mungkin rakyat negeri kaya dah terlupa ‘jalan’ untuk ke stadium.

Jika benar sekalipun negeri kami miskin harta dunia, bangunan tinggi seperti di Kuala Lumpur namun kami tetap kaya dengan semangat. Semangat yang kami ada tidak mampu untuk dibeli dengan wang ringgit. Itulah semangat Anok Kelate.

Kami rakyat Kelantan datang ke negeri anda bukan untuk merempat, tetapi menguasai.

Saat Pok Dogo menulis rencana realti ini, laju jah airmata Pok Dogo turun. Sekuat-kuat hati lelaki Pok Dogo, sero sayu,kagum dan terharu atas semangat yang ditunjukkan oleh semua rakyat Kelantan.

Nukilan : Pok Dogo

Untuk I ♥ KELANTAN.

 

GKG

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s