Mengapa Terkadang Saya Boleh Menjadi Alim dan Terkadang Boleh Menjadi Zalim?


Assalamu’alaikum warahmatullaah..

Sudah hampir sebulan aku tak sempat nak updatekan page ni…Penat dengan kerja dan masa yang selalu cemburukan aku sangat-sangat membataskan aku untuk meluangkan sedikit masa untuk menekan keyboard laptop kesayangan aku ni…

FYI,aku sudah pun tolak tawaran kerja yang aku dapat baru-baru ini sepertimana yang aku poskan dalam page yang terdahulu…Aku buat keputusan selepas bertanyakan pendapat dari orang tua aku…Biarpun jikalau orang tua aku mengizinkan aku untuk terima pekerjaan tersebut,aku akan tetap menolak tawaran tersebut…sebabnya simple sahaja; Gaji adalah perkara no 2 bagi aku,perkara yang paling utama adalah suasana dan keselesaan tempat kerja..lagipun,buat masa sekarang ni,aku amat selesa bekerja di tempat sekarang …walaupun mungkin bagi orang laen,buat kerja biar padan dengan gaji,tapi itu bukan diri aku…aku kerja dengan hati yang ikhlas,aku kerja untu menimba pengetahuan,nawaitu aku bekerja bukan kerana gaji,tapi kerana amal dan aku hanya harapkan Allah meredhai setiap pekerjaan yang aku telah lakukan….

Aku sangat selesa dengan kerja aku sekarang dari segi masa(masa kerja yang flexible), suasana tempat kerja dan paling penting,aku tak perlu untuk rasa serabut kerana perselisihan pendapat di tempat kerja..(hanya aku dan boas aku sahaja yang bekerja sekarang ini).Alhamdulillah,kami amat saling memahami antara satu sama lain. Walaupun kadang-kadang, ada juga teguran dari bos,tapi aku terima dengan hati terbuka…aku pernah ceritakan dalam blog aku yang lepas bahawasanya aku dengan bos aku banyak persamaan dari segi prosedur kerja.

Malam tadi,lepas solat isya’ kat ofis,aku keluar ke carefour w.maju untuk cari buku,dan ketika aku di kedai buku kat carefour tu,aku tertarik dengan judul buku “Mengapa Terkadang Saya Boleh Menjadi Alim dan Terkadang Boleh Menjadi Zalim?” aku terus beli tanpa berfikir untuk kali kedua…dan aku berasa bertuah sebab dapat buku tu sebab,tuan kedai tu cakap,ni last stok…Alhamdulillah…aku yakin,ada hikmah disebalik ni…(bukan hekmah sengal k..!!)


Cuba lihat pernyataan berikut:
– Kadang kala kita memperlihatkan kebaikan tetapi kadang kala juga memperlihatan keburukan.

– Kadang kala kita menunaikan solat dengan khusyuk, kadang kala fikiran kita menerawang tidak terkawal.

– Kadang kala kita teringat dosa sehingga meninggalkannya, tetapi kadang kala kita tidak ingat dosa sehingga terus sahaja melakukannya.

– Kadang kala kita boleh menjadi orang yang penyabar, kadang kala menjadi orang yang pemarah.

– Kadang kala kita mengikut perintah Allah, namun kadang kala mengabaikan.

Seterusnya, mari kita tanyakan diri kita. Kenapa begitu?

Perkara-perkara tersebut merupakan titik tolak kupasan buku ‘Mengapa Terkadang Saya Boleh Menjadi Alim dan Terkadang Boleh Menjadi Zalim?’ hasil tulisan Muhammad Muhyidin terbitan Al Hidayah House of Publishers ( 2010 ).

Secara umumnya susunan tidak begitu menarik serta tidak kemas, tetapi kandungannya sangat padat. Satu perkara yang perlu difahami oleh setiap dari kita tentang sikap alim dan zalim dalam diri kita sendiri.

Persoalan yang diutarakan, mengapa kadang kala hati, fikiran, perasaan, sikap dan perbuatan menjadi harmoni tetapi kadang kala kacau bilau?

Jawapannya berkaitan dengan dua perkara, yakni nafsu dan kesedaran. Kemungkinan pertama, kita kalah pada nafsu kita sedemikian rupa sehingga hati, fikiran, perasaan, sikap dan perbuatan kita tidak berjalan seiring. Kemungkinan kedua, kita tidak memiliki kesedaran untuk meninggalkan perbuatan dosa, keji, mungkar atau maksiat. Kalah pada nafsu dan tiada kesedaran inilah yang menyebabkan iman menjadi kacau bilau. Akibatnya iman tidak melahirkan tenaga yang hebat. Jika tenaga tersebut masih tinggal, maka ia akan muncul sebagai sebahagian diri kita yang imannya masih terpelihara.

Di halaman 154, menyebut terapi melawan hawa nafsu menurut keadah terapi Ibnu Qayyim al-Jauzah.

Setiap peperangan memerlukan strategi dan teknik. Strategi dan teknik yang berkesan, cekap dan tepat akan menjadi penentu kemenangan dalam peperangan tersebut. Demikian halnyapeperangan dengan hawa nafsu; perang antara diri sendiri dan kecenderungan jiwa yang buruk atau jahat.

Menurut beliau…

Lawanlah apa yang terlintas itu! Jika dibiarkan, ia akan menjadi fikrah ( idea ). Lawanlah idea itu! Jika tidak, ia kan menjadi syahwat. Perangilah syahwat! Jika tidak, ia akan menjadi azimat ( hasrat ). Dan apabila hasrat pun tidak dilawan, ia akan menjadi perbuatan. Dan apabila perbuatan itu tidak kita temui lawannya, maka ia menjadi kebiasaan. Setelah itu, kita pun akan sukar meninggalkannya.

Apa yang dicatat di bahagian akhir buku itu menyimpulkan segala-galanya.

Iktihar kita dalam mengatasi keburukan atau kejahatan jiwa merupakan tugas yang sangat sukar. Sebabnya kita harus melawan diri sendiri.

Setiap perjuangan bagaimanapun memang memerlukan pengorbanan. Tetapi ketika berjuang melawan diri sendiri, maka bukan hanya pengorbanan yang kita perlukan. Kita harus tegas memerangi sebahagian diri yang menjadi penghalang atau musuh dalm memenangi perjuangan tersebut.

Ramai orang gagal dalam melawan dirinya sendiri. Ramai orang berundur sebelum melawan dirinya sendiri. Ramai pula orang yang memilih untuk menyerahkan dirinya pada musuh.

Kita semestinya mencintai diri sendiri. Tetapi tentu sahaja perkara ini bukannya untuk mengagungkan atau memuaskan ego, sehingga kita hanya mementing diri sendiri. Yakinlah, ego bukan selalu bermakna negatif. Mencintai diri sendiri yang dimaksudkan adalam mencintai diri agar selamat di hadapan Allah SWT.

Secara peribadi, aku dapati ianya adalah sebuah buku yang bagus. Aku sarankan korang membacanya juga agar kita sama-sama dapat menimba ilmu melawan kejahatan hawa nafsu sendiri.Sekian sahaja blog aku untuk kali ni…insyaAllah,kalau aku masih diberi peluang lagi,aku akan berusaha dengan tekun untuk menaip lagi.. 🙂

Wassalam…

:عَنْ سَهْلِ بْنِ مُعَاذِ بْنِ أَنَسٍ عَنْ أَبِيهِ

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ عَلَّمَ عِلْمًا فَلَهُ أَجْرُ مَنْ عَمِلَ بِهِ لَا يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الْعَامِلِ
Ibnu Majah meriwayatkan daripada Sahal Bin Mu’az bin Anas, daripada bapanya bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda (mafhumnya): ” Barangsiapa yang mengajarkan satu ilmu maka baginya pahala orang yang mengamalkannya sedangkan tidak mengurangkan pahala orang yang mengamalkannya.”

Hadith Shohih Sunan Ibnu Majah.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s