Hujan


SALAM UKHUWWAH sumer..

Aku pom da xtaw ape yg aku nk tulis nih..psl hr nih??fuhhh..ciap jew psng PC td,aku da on9 jew memanjang..bos aku lak??ader dop terlentang atas sofa tuu..haha..beselah,ktorg,kl xder kje mmg cmni la gayanya..haha…

Semalam,aku nk pergi hntr PC kt Tmn Bkt Mulia dkt area Bkt antarabangsa..mlm td la…lbh kurng lam kul 10pm,entah apew yg aku khayal tym bawak moto,aku xperasan ader kete laju dr blkg…dkt selekoh lak die laju tuu..kt dpn aku ader la lubng,so, dh xdpt aku nk elak mane2 lg..nk elak ke kanan,kompem,kene gelek ngn kete tu..cilakak tul org2 kt ctu..alkisahnye,aku pom tergolek la kt ats jln..nsb baek aku bawak pelan jew moto..huhu..tp yg aneh nya,tiap2 kali aku bawak pelan2 la ader nyew kmlngn..huhu..tym laju2 xder la lak..hehe…(giler berlagak..).

Nak dijadikan cerita sedih lagi,PC tu pom dah berselerak…casing PC tu dh bengkok dh..aku pom kutip la satu2 brg yg terkeluar..lupe nk gtaw,ader la bdk2 moto yg benti 2,3 org tlg ak jg kesesakan lalu lintas..haha…(poyo jer..).pas kutip sumer brg2 tu,aku call la bos aku nk gtaw nih..jntung nih xtaw la..nk pch dh..haha..bos aku ckp,bawak blk ofis la..dh tu,mmg la aku kna bawak blk ofis kn..xkn nk gi hntr lg PC cmtu..huhu..

Sesampainya di ofis,aku pom tnjuk kt bos aku,gtaw la cmner terjadik,siap ngn demo lagi..haha…nk suh die pecaya nih..yelah,sbb xder bukti kn..pas pada tuh,aku pom cabut la semua Brg2 yg msh lekat lam PC tuh..kumpul semua..ni da kompem2 kna potong gaji dh nih..mau x dlm 200 gk nk gnti case yg sama..haha..da dkt kul 3am br aku blk..b4 tu,pokjat ader gk dop call aku suh lpk…xdpt la beb..huhu..urgent…

Sampai dirumah,trus wat lptop Z..n trtdow..bngn 10.30am td,smbung blk..dkt kul 2 pm gk la br ciap…aku pom msk lah kje kul 3pm…nsb baek bos ckp,plg lmbt msk pom kul 3pm..haha..kl x,mampus aku…masuk jew ofis,bos tnye awat hang lmbt???(bos aku nih asl perlis)
. aku pom jwb la yg aku dmm terkejut sbb accident mlm td..bos aku angguk2 kn kpala n suh aku minum air MONAVI..haha..mhl beb air tu…1 kotak ader 4 botol,hrga ahli RM400..kl x,RM500++…haha.

hmm..pasut,psg la blk PC nih kt case br…haha..untung mamat nih,dpt case br ..hmm,sejam jew,da siap psg n test blk..mne tau sebb trjatuh mlm td mainboard rsk ke.huhu..alhamdulillah..semua part laen ok..xyah la kna gnti lg..huhu..n smpai skrg,lpk jelh..rokok da nk hbs nih..hujan xbenti lg..hahagiler xder kna mngena kn ngn tjuk hujan..haha…trus aku lyn lgu hujan..~bilaa..aku sudah tiadaaa…smpai cni lh dl…huhu blur nih nk tulis pe lg..kering idea,kering poket,n semua kering lah..haha..xmasyuk lg gaji nih..haha..

-WASSALAM-

Tazkirah Remaja: Solat dan lima jenis manusia


SUDAH lama kita bersolat, tetapi nampaknya keajaiban dan jaminan solat yang disebut Allah masih samar-samar dalam kehidupan kita.

Allah memberi jaminan dalam firman-Nya, bermaksud: “Sudah pasti berjaya orang mukmin iaitu orang yang khusyuk dalam solatnya.” (Surah al-Mukminun: 1,2)

Pada kali ini, aku ingin mengajak remaja dan siapa saja bermuhasabah mengenai peringkat solat.

Bukannya konsep kejayaan dan cara hendak mencapai khusyuk, tetapi ada beberapa jenis dan golongan serta gaya bersolat di kalangan orang Islam yang semuanya akan mempengaruhi perangai dan cara hidup.

* Jenis Pertama

Hari ini, ramai umat Islam yang tidak bersolat, bahkan ramai juga yang tidak tahu hendak bersolat. Ada yang menafikan kewajipan solat, mereka jatuh kafir sebab itu kadangkala perangainya dengan si kafir tidak ada beza.

* Jenis Kedua

Orang yang melakukan solat secara zahir saja, malah bacaan pun masih tidak betul, taklid buta dan main ikut-ikut orang lain.

Jadi, golongan ini sekejap bersolat, sekejap tidak. Jika ada masa dan emosi baik, dia bersolat. Kalau sibuk dan ada program kenduri, pesta ria, berziarah, bermusafir, letih dan penat, dia tidak bersolat.

Orang ini jatuh fasik. Tidak belajar solat mahupun secara rasmi atau tidak rasmi. Ilmu mengenai solat ialah apa yang dipelajari ketika kecil dan tadika saja. Golongan ini tertolak, bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaan derhaka kepada Allah.

* Jenis Ketiga

Golongan yang melakukan solat cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan solat, Fatihah, doa Iftitah dan tahiyatnya, tetapi tidak dihayati dalam solat itu.

Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia tanpa menghayati solat. Golongan ini dikategorikan sebagai solat ‘awamul Muslimin’ dan jika dididik serta ditambah mujahadah (kesungguhan), dia akan berjaya dalam solat.

* Jenis Keempat

Golongan ini baik sedikit daripada golongan sebelumnya, tetapi main tarik tali dalam solatnya.

Sesekali dia khusyuk, sesekali lalai pula. Apabila teringat sesuatu dalam solatnya, teruslah terbawa-bawa, berkhayal dan seterusnya.

Apabila teringat Allah secara tiba-tiba, insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hati serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimah dan bacaan dalam solat. Begitulah sehingga selesai solatnya.

Peringkat ini orang terbabit akan mula memasuki zon ‘memelihara solat’, tetapi masih belum seronok dengan solat.

* Jenis Kelima

Golongan yang melakukan solat tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz dalam solatnya.

Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekeliling sehingga pekerjaan serta apa pun yang dilakukan atau difikirkan di luar solat itu tidak mempengaruhi so latnya.

Walaupun dia memiliki harta dunia, menjalankan kewajipan dan tugas keduniaan seperti perniagaan, semua itu tidak mempengaruhi solatnya. Hatinya masih dapat memuja Allah dalam solat. Golongan ini disebut orang soleh.

Sebenarnya banyak lagi peringkat solat, tetapi keterbatasan ruangan sekadar lima tahap ini rasanya sudah boleh mu hasabah diri mengenai tahap solat yang kita lakukan.

Jika kita berada di peringkat satu, dua dan tiga, kita sebenarnya belum selamat dan mungkin solat tidak mampu mendapat jaminan Allah.

Ibadat solat boleh membangunkan jiwa dan iman, men jauhkan daripada yang buruk dan merungkai mazmumah (sifat keji), menanamkan mahmudah (sifat terpuji), me lahirkan disiplin hidup dan akhlak yang agung. Semoga solat kita akan berlangsung sebagai mi’raj.

Musibah ujian penghapus dosa…


LUMRAH kehidupan manusia memang tidak dapat lari daripada menerima ujian.
Setiap ujian yang Allah timpakan kepada manusia mempunyai pelbagai hikmahnya. Allah menguji hamba-Nya dengan penyakit, bencana, kekurangan harta, kematian, kekayaan dan sebagainya untuk melihat sejauh mana tahap keimanan seseorang. Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Apabila Allah menyayangi seseorang hamba-Nya, Allah menguji dengan kesusahan sama ada pada diri, keluarga, anak mahupun pada harta supaya dibersihkan daripada dosanya. Sekiranya dosa masih ada Allah akan membuatkan matinya menjadi susah supaya apabila bertemu Allah dalam keadaan tidak berdosa.” Begitulah juga sebagai hamba apabila berhadapan dengan ujian dan musibah ia pasti mempunyai pengajaran untuk kebaikan manusia itu sendiri. Musibah yang didatangkan itu bertujuan keampunan daripada dosa. Allah begitu sayang kepada hamba-Nya melebihi dari kasih sayang yang diberikan oleh seorang ibu kepada anak.

Walaupun hamba-Nya banyak melakukan kemungkaran dan dosa tetapi Allah tetap memberi peluang untuk bertaubat. Maka nilai kesabaran dan reda ketika menerima ujian akan dinilai Allah sebagai penghapusan dosa.

Pada masa sama ada keterangan dan ayat yang menyatakan dosa menjadi penyebab datangnya bala. Kalau dilihat sejarah lampau, mengapakah Allah menimpakan azab kepada kaum Nabi Nuh? Pada ketika itu mereka ditimpa ujian banjir besar selama lebih enam bulan. Begitu juga dengan kaum Nabi Luth di mana Allah terbalikkan lapisan bawah bumi naik ke atas, manakala yang atas dibenamkan ke perut bumi. Malah kesannya sehingga kini masih dapat dilihat di Laut Mati, Jordan. Lihat pula kaum Aad dan Thamud mati terkapar terputus jantung mereka kerana terkejut bunyi gempita suara tempikan malaikat. Pernahkah kita membaca sejarah Qarun yang tenggelam bersama kekayaannya hinggakan membentuk satu tasik yang amat besar dengan airnya laksana lautan? Pantai yang bertentangan tidak kelihatan kerana luasnya. Begitu juga Firaun yang gah ingin merebut segala gelaran hinggakan mahu menjadi Tuhan. Akhirnya, dia bukan saja tenggelam keseorangan di dalam laut malah segala kekuasaan, tentera dan gelarannya juga turut sekali lemas. Di sana ada seribu satu cerita kehancuran yang boleh dipelajari. Semua peristiwa ini berpunca kerana dosa. Sayangnya Allah kepada hambanya ialah segala ditimpa kepada hambanya yang lemah ini, tetap ada kebaikan walaupun sekali imbas nampaknya amat memilukan. Mereka yang mendapat petunjuk menyedari hikmah di sebalik ujian. Ujian ada dua jenis. Pertama namanya bala dan yang kedua ibtila. Ibtila adalah kepayahan dan bencana yang menimpa dalam bentuk ‘ujian’ manakala bala ialah bencana dan kesusahan ditimpa dalam bentuk ‘hukuman’. Ibtila yang melanda selepas menderita kepayahan dan keperitan adalah hukuman kepada mereka yang ingkar. Maka kita perlu sentiasa mengingati setiap tragedi seperti kejadian gempa bumi itu sebagai muhasabah diri. Sama-sama kita bertaubat atas dosa silam yang pernah dilakukan. Keinsafan yang dikongsi di sini ialah kita tidak mempunyai kuasa, kita adalah insan lemah dan masih banyak lagi perkara yang ‘ghaib’ yang gagal dikesan oleh radar dan kecanggihan. Bukan saja tidak sempat bersedia untuk mengelak musibah malah ramalan kita juga tidak tentu tepat dan berkesan. Petanda awal muncul tidak sempat dibaca. Allah yang Maha Kuasa. Sebagai hamba amat malang jika kita hendak beradu kuasa dengan Allah. Allah amat penyayang. Namun, Allah sangat marah kepada yang ingkar dan tidak ikut petunjuk selepas diberi peringatan. Allah ada peraturan yang mesti diikuti. Kalau orang langgar peraturan jalan raya ada akibatnya, langgar peraturan kerja ada kesannya apatah lagi melanggar peraturan Allah. Hanya kepada Allah tempat kita kembali merayu kerana Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hamba-Nya. Disamping berdoa kita juga perlu berusaha keras menyelesaikan masalah yang dihadapi.  (Harian Metro)